Thursday, January 13, 2011

Temuduga Sidang Redaksi SMART

Pada 13 Januari 2011, telah diadakan satu sesi temuduga untuk memilih AJK Sidang Redaksi Sekolah bagi sesi persekolahan 2011/2012. Temuduga ini telah diadakan di Makmal Komputer 2 (Blok Baru). Program ini telah dijalankan oleh AJK Tertinggi Sidang Redaksi dibantu oleh Cikgu Kamarul. Sambutan daripada pelajar SMART amat menggalakkan.Semoga berjaya kepada yang terpilih. Keputusan temuduga akan diberitahu dalam masa terdekat.

Saturday, January 8, 2011

Perhimpunan Pertama Sesi Persekolahan


Pelajar-pelajar telah kembali semula ke sekolah selepas menjalani cuti yang panjang pada 3/1/2011. Semasa perhimpunan berlangsung, Pengetua telah mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar-pelajar PMR sesi 2010 kerana telah menaikkan keputusan PMR.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1- sesi 2011


Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru tingkatan 1. Aktiviti ini telah berlangsung pada 1/1/2011. Ibu bapa telah datang bersama anak-anak sejak dari seawal jam 7.30 pagi lagi.Taklimat daripada Pn.Pengetua iaitu Pn.Normah bt.Omar telah diadakan di Dewan Amal bersama-sama dengan ibu bapa. Bagi pelajar-pelajar baru taklimat diadakan di dewan fatonah.Semoga tahun baru ini, memberi semangat baru kepada pelajar-pelajar kita ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...