Tuesday, May 17, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru di Hotel Quality


Guru-guru perempuan SMART 2011

Guru-guru lelaki SMART 2011


Majlis ini telah diadakan pada jam 2.00 petang, 16 Mei 2011. Sambutan telah diadakan dengan meriah. Terima kasih kepada semua AJK dan guru-guru kerana telah memberi kerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat terus diadakan bagi meraikan hari yang penuh bermakna ini. Selamat Hari Guru semua.

Tuesday, May 3, 2011

Pertandingan Silat Daerah Gombak di SK Taman Melawati (1)

Pelancaran Bulan Sains dan Matematik

Kursus Tatacara Pengurusan Mesyuarat dan Minit Koperasi Sekolah

Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional

Pelancaran Nilam Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Keramat 2011.



Tazkirah bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Dataran Budi pada hari Jumaat bersamaan 11 Februari 2011. Tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Imran Selamat yang telah menyampaikan tazkirah yang cukup menarik berkenaan dua perayaan, iaitu Maulidur Rasul dan Hari Valentine.

Maulidur Rasul, ataupun disebut sebagai Maulid Nabi, disambut sebagai satu simbolik bagi mengenang junjungan besar Rasulallah S.A.W. Ustaz Imran mengingatkan pendengarnya agar sentiasa berwaspada kerana umat Islam kian menyimpang daripada ajaran Islam dengan menyambut perayaan-perayaan yang bertentangan dengan syarak seperti perayaan Valentine. Majlis kemudiannya telah diakhiri dengan pemberian cenderamata oleh Puan Hamidah binti Hussin kepada Ustaz Imran bin Selamat.

Disediakan oleh,

Rosfitrisha bt Mohd Rozali, 4 Bestari.

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...