Thursday, October 27, 2011

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN

Pada hari Khamis bersamaan 31 Mac 2011, SMK Taman Keramat telah menghantar lima orang wakil untuk bertanding dalam Bahas Ala Parlimen di SMK Lembah Keramat. Lima orang pelajar tersebut adalah Aqila Zulaiqha Zulkifli (4A), Nurul Shuhada binti Zainal (4A), Nurul Huda binti Zakaria (5A), Ainnur Thaqifha binti Muhd Hanafi (5A), dan Nur Hafizah binti Mohamad Idris (5A).

Perbahasan pertama yang bertajuk ‘Pelajar Samseng Wajar Dibuang Sekolah’ dimenangi oleh SMK Taman Keramat selaku pihak pembangkang. Namun begitu, usul kedua iaitu ‘Aktiviti Kokurikulum Mampu Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang’ telah dimenangi oleh pihak kerajaan iaitu SMK Hulu Kelang. Walaupun tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya, namun para pembahas masih tersenyum ceria kerana telah berusaha sehabis daya demi meraih kemenangan. Semoga SMK Taman Keramat akan terus berusaha memburu kejayaan pada tahun hadapan!

Disediakan oleh,

Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif

PROGRAM-PROGRAM PENGURUSAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Program Orientasi Tingkatan 1 & 4 3 JAN 2011

Program Maju Diri Tingkatan 3,4 & 5 9 -12 FEB 2011

Program Kemahiran Belajar Tingkatan 3&4 19 &23 FEB 2011

Kursus Kepimpinan Organisasi Kelab Dan Persatuan 26 FEB 2011

Program Orientasi Jalinan Kasih Prs 5 MAC 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Tingkatan 3 29 MAC 2011

Pelancaran Minggu Anti Dadah 29 MAC 2011

Ceramah Dan Pameran Antidadah 30 MAC 2011

Program Motivasi Kecemerlangan Tingkatan 5 1 APRIL 2011

Ceramah Kerjaya Selepas Spm Tingkatan 4 12 APRIL 2011

Lawatan Kerjaya Ke Unikl Bmi Gombak 20 APRIL 2011

Bengkel Teknik Menjawab Pend. Islam Tingkatan 5 21 APRIL 2011

Ceramah Halatuju Selepas Spm 25 APRIL 2011

Seminar Teknik Belajar Sejarah Tingkatan 3 & 5 27 APRIL 2011

Bengkel Menjawab Sains Ting. 5 8 APRIL 2011

Ceramah Motivasi Kecemerlangan Akademik Ting.3 3 MEI 2011

Program Sahsiah Anda Bijak Jauhi Zina 5 MEI 2011

Program Kesihatan Oral Wrigleys Tingkatan 4 16 JUN 2011

Lawatan Hari Kerjaya Smv Sg Buloh 30 JUN 2011

Ujian Urin Aadk 12 JULAI 2011

Kem Pembimbing Rakan Sebaya 22 -24 JULAI 2011

Program Mays Tingkatan 3 25-26 JULAI 2011

Seminar Teknik Menjawab Spm Di Kolej Segi 26 JULAI 2011

Seminar Teknik Menjawab Pmr Di Kolej Segi 28 JULAI 2011

Program Mays Tingkatan 5 1 & 3 OGOS 2011

Ceramah Bebaskan Palestin 5 OGOS 2011

Seminar Teknik Menjawab Pmr 12 -13 OGOS 2011

HARI GURU: GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Sambutan Hari Guru SMK Taman Keramat telah dilangsungkan pada hari Isnin, 16 Mei 2011. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Sambutan ini berjalan dengan begitu meriah dan diwarnakan dengan kehadiran majoriti para guru dan pelajar

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru yang diiringi oleh para pengawas sekolah dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya, guru bertugas membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Perdana Menteri.

Para guru kemudiannya membaca Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar dan penyampaian anugerah buat para guru. Akhir sekali, pertandingan sukaneka telah diadakan di antara para guru dan pelajar. Sesungguhnya, sambutan Hari Guru merupakan medan terbaik bagi menghargai dan memupuk kemesraan di antara guru dan para pelajar.

“TERIMA KASIH CIKGU!”

Disediakan oleh,

Zahratie Bt. Mu’az , 4 Cerdas

PROGRAM ANDA BIJAK JAUHI ZINA

Pada tanggal 5 Mei 2011 bersamaan hari Khamis, telah diadakan program Anda Bijak Jauhi Zina yang betujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar terutamanya di kalangan remaja perempuan, tentang keburukan zina dan pergaulan bebas yang semakin berleluasa kini.

Program ini dikelolai oleh penceramah khas daripada yayasan Raudhatusakinah. Ceramah yang diberikan berfokus kepada batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Di akhir kata, sayangilah usia remaja anda dan jadilah seperti mutiara yang hanya boleh dimiliki oleh mereka yang selayaknya.

Disediakan oleh,

Zahratie Bt. Mu’az (4 Cerdas)

MAJLIS PERSARAAN PN.RUHAYA ALIAS PEMBANTU MAKMAL

Pada tanggal 12 Ogos 2011 bersamaan hari Isnin, telah diadakan satu majlis perpisahan bersempena dengan persaraan Pn.Ruhaya bt. Alias selaku pembantu makmal SMK Taman Keramat.

Ustaz Mahadi telah memulakan majlis dengan bacaan ayat suci Al-Quran.Seterusnya, En.Nik Shahrolalif,Tuan Pengetua, dan Puan Ruhaya binti Alias telah dijemput untuk memberikan ucapan.

Majlis kemudiannya dimeriahkan lagi dengan acara pendeklemasian sajak oleh saudara Amar Reza bin Zainal Abidin daripada (5 Dinamik) dan Encik Mat Zaib.

Dalam ucapannya, Puan Ruhaya binti Alias berharap agar semua pelajar SMART dapat mengharumkan nama sekolah.Beliau berhasrat agar para pelajar menjadi pelajar yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Ribuan terima kasih kami utarakan kepada beliau di atas kebaikan dan kecemerlangan prestasi beliau ketika berkhidmat di SMK Taman Keramat.

Disediakan oleh,

Noor Farrah Nadia binti Md Radzi, 4 Bestari

HARI ANUGERAH CEMERLANG KALI KE-26


Pada hari Sabtu bersamaan 26 Mac 2011, SMK Taman Keramat telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang kali ke-26.Acara dimulakan sejurus selepas ketibaan tetamu kehormat iaitu Dato’ Haji Ismail bin Kijo.Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan doa oleh Ustaz Sulaiman.


Selesai bacaan doa, En. Mursiedy bin Abdul Hamid selaku pengetua SMK Taman Keramat telah menyampaikan ucapannya dan diikuti dengan sepatah dua kata daripada YDP PIBG iaitu En. Ramli bin Salam serta ucapan perasmian daripada tetamu kehormat iaitu Dato’ Haji Ismail bin Kijo.

Seramai 34 orang pelajar PMR dan 43 orang pelajar SPM dianugerahkan anugerah pelajar cemerlang 2010 di samping para penerima anugerah lain.Semoga penghargaaan tersebut dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk terus maju.

Disediakan oleh,

Noor Farrah Nadia bt. Md Radzi , 4 Bestari

A MINUTE WITH MARVIN MACLAW



Reporter: Amar Reza B. Zainalabidin

Interviewee: Marvin Maclaw


Reporter: Could you tell us something about yourself ?

Marvin: My name is Marvin Maclaw, and I’m 17 years old. I had experienced quite a lifetime in Malaysia! A whole year at SMK Taman Keramat had brought a memorable exposure of the variety of cultures in Malaysia. I’m actually a calm person, but it changed during my stay where I becomes a bit extroverted.

Reporter: What is your first impression of Malaysia?

Marvin : Malaysia is hot and spicy!

Reporter : So, what is the distinction between Malaysia and your country?

Marvin : There are quite a lot of differences. But majorly, the the punctuality.

In Germany : ‘We meet at 12pm’ , and you’ll be there at 11.45am

In Malaysia : ‘We meet at 12pm’ , and you’ll be there at 12.30pm

Reporter: What are your favorite Malaysian food and drinks?

Marvin: Nasi Lemak, Nasi Goreng, Roti Canai, Milo Ais and Limau ais.

Reporter: Care to share the words that you had learnt in Malay?

Marvin: There are too many words to tell and would be difficult to be acknowledged.

Reporter: Any last words for the school students ?

Marvin: Nothing is hard if you are interested in it. Keep it going!

Reporter: Okay Marvin , thanks for agreeing to be interviewed. It had been a pleasure.

Marvin: Thank you for interviewing me Amar. The pleasure is mine! ‘Jumpa lagi!’


Prepared by : Amar Reza B. Zainalabidin , 5 Dinamik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...