Thursday, October 27, 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada hari Khamis bersamaan 25 Ogos 2011, satu majlis berbuka puasa telah dilaksanakn dengan kolaborasi oleh unit siding redaksi, pengawas musolla, dan kelas aliran bahasa arab. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan sedikit tazkirah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara berbuka puasa dan solat berjemaah. Majlis ini berjaya menyampaikan mesej kerohanian yang berguna buat para pelajar dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar. Semoga majlis sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Disediakan oleh,

Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif

English Drama

On 5 June 2011, SMK Taman Keramat participated in the English Drama Competition hosted by SMK Taman Melawati. 10 schools including SMK Taman Keramat had participated. 15 students from our schools which consist of students from 4 Arif, 4 Cerdas, 3 Fikrah and 3 Gigih. The title of our drama is…..Our school managed to secure the fourth-place. The host, SMK Taman Melawati was announced as the winner. Although we did not win, we were very satisfied and felt eager to participate in the next competition.

By,

Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif

Teater SMART

Pasukan teater SMK Taman Keramat telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke pertandingan teater peringkat daerah. Mereka telah mempersembahkan teater muzikal bertajuk Hikayat Cinta dan diarahkan oleh saudara Amar Reza bin Zainalabidin. Mereka telah menjalani latihan selama 3 bulan. Pertandingan teater yang telah diadakan di SMK Seri Selayang itu telah membolehkan Pasukan SMART merangkul anugerah Johan dan produksi terbaik di samping memenangi anugerah lain seperti anugerah pelakon pembantu wanita terbaik, pelakon wanita terbaik dan pengarah terbaik.

Perjuangan diteruskan sehingga ke peringkat negeri bertempat di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang Sabak bernam. Persembahan mereka berjalan dengan lancar. SMK Taman Keramat sekali lagi dapat berbangga dengan anugerah Naib Johan dan anugerah pelakon wanita terbaik yang dirangkul oleh Pasukan Teater SMART. Seramai 5 orang pelajar SMK Taman Keramat kemudiannya telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan di Port Dickson.

Disediakan oleh,

Amar Reza bin Zainalabidin, 5 Dinamik

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Pada tanggal 15 September bersamaan dengan hari Khamis, SMK Taman Keramat telah melaksanakan sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia peringkat sekolah. Sambutan tersebut telah dianjurkan di sebelah pagi dan petang. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan bacaan perutusan.

Sementelahan itu, majlis juga telah diserikan dengan persembahan seperti pengkisahan tokoh pejuang kemerdekaan, pendeklemasian sajak, nasyid dan penyampaian hadiah. Kemudian, para guru dan pe;ajar telah membacakan lafaz ikrar Rukun Negara dengan penuh semangat patriotik. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk memupuk perasaan cinta akan negara dan perpaduan dalam kalangan murid. Syabas dan tahniah diucapkan!

Disediakan oleh,

Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif

LADAP GURU “ 1 MURID, I SUKAN ”

Pada 10 September 2011, LADAP guru telah diadakan di SMK Taman Keramat. Program ini dikelolalan di bawah unit kokurikulum. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Antara program yang diadakan ialah futsal, bola jarring, badminton, bola sepak dan sepak takraw. Walaupun cuaca tidak mengizinkan, acara ini tetap berlangsung dengan meriah. Semua guru diberi taklimat bagi setiap acara sukan dan latihan praktikal. Guru-guru telah dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil untuk melancarkan program. Acara ini diakhiri dengan jamuan hari raya. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa mendatang.

Laporan lawatan 5 Dinamik ke ASWARA dan Kompleks Kraftangan

Pada tarikh 1 Mac 2011, seramai 38 orang pelajar dari kelas Aliran Sastera 5 Dinamik bersama 4 orang guru bimbingan telah melaksanakan ‘Lawatan Sambil Belajar ke ASWARA dan Kompleks Kraftangan di Kuala Lumpur. Pelbagai pengetahuan dan memberi memori bermakna yang telah mereka perolehi bersama rakan dan guru-guru. Lokasi pertama yang mereka lawati ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebudayan(ASWARA).

Mereka telah melawati beberapa bilik dan Dewan Pementasan Utama Pementasan ASWARA.. Seterusnya, mereka lawati lokasi yang kedua iaitu Kompleks Kesenian dan Kraftangan.Tiba di sana,Mereka dibawa melawat ke setiap dewan yang mempunyai kesenian kraftangan yang berlainan.Lawatan mereka merupakan lawatan yang berfaedah.Melalui lawatan ini,Mereka dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu pengetahuan yang diberi dan mereka juga dapat memupuk sifat-sifat moral pada diri dan rakan-rakan.

Disediakan oleh:

Emelia Shahirah Aqeela Bt. Mohd Zullastry, 5 Dinamik

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR

Pada 5 dan 9 Mei 2011, satu ceramah motivasi telah dijalankan untuk pelajar tingkatan satu dan dua bersempena dengan program peningkatan prestasi akademik yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Mei. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Aziz bin Yatim. Beliau telah membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan kecemerlangan.

Selain itu, beliau juga menyatakan beberapa faktor kecemerlangan pelajar serta menayangkan video yang meningkatkan motivasi para pelajar serta memberi peluang bagi para pelajar berinteraksi bersamanya dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berlakon, meniru gaya den sebagainya. Ceramah ini akhirnya tamat pada jam 3.00 petang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...