Saturday, December 3, 2011
Thursday, October 27, 2011
PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT BERUNIFORM
Tanggal 16 April 2011 memperlihatkan pelangsungan Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah ke-7 bagi SMK Taman Keramat.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengetua SMK Taman Keramat iaitu Encik Mursiedy bin Abdul Hamid. Kemudian, acara tersebut telah dirasmikan oleh Encik Lokman bin Mat Nasir, YDP- PIBG SMK Taman Keramat.
Hujan yang turun tidak mematahkan semangat pasukan unit beruniform untuk mempersembahkan yang terbaik. Setelah berakhirnya kawad kaki, acara diteruskan dengan persembahan silat daripada para pesilat Persatuan Seni Gayung Fatani. Berikut adalah keputusan penuh pertandingan tersebut:
Ketua Platun Terbaik Kategori A:
Nur Athirah Izzati bt. Abdul Kadir Kadet Polis (P)
Ketua Platun Terbaik Kategori B:
Inayatussadah Bt. Surdi Puteri Islam (P)
Semangat dan dedikasi ahli kawad setiap platun wajar dicontohi. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan teruskan mencuba bagi ahli platun yang lain!
Disediakan oleh,
Rosfitrisha Bt. Mohd Rozali, 4 Bestari
MAJLIS IZIN ILMU PMR
Tanggal 28 September 2011 merupakan tarikh keramat bagi calon-calon PMR 2011 kerana Majlis Izin Ilmu telah diadakan secara simbolik untuk mezahirkan pengizinan ilmu daripada guru-guru kepada calon. Program yang diadakan di Dewan Amal ini berlangsung dalam keadaan penuh syahdu dengan alunan bacaan ayat suci al-Quran dan zikir munajat. Acara diteruskan dengan lafaz izin ilmu oleh wakil guru, Ustaz Mahadi bin Adam dan lafaz terima ilmu oleh wakil murid, iaitu Mohd NoorDanial bin Aziz Noor (3 Harmoni). Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman bagi memohon restu dan kemaafan. Sesungguhnya, suasana syahdu membumbungi hati dan perasaan hadirin. Akhir kalam, semoga calon PMR pada tahun ini memperoleh keputusan yang cemerlang.
Disediakan oleh,
En. Roslan b. Daud
HARI KELUARGA SMART
Pada tanggal 24 hingga 25 September 2011, Kelab Keluarga SMART telah menganjurkan Hari Keluarga SMART yang bertempat di De Palma Resort, Kuala Selangor. Tujuan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan silaturahim guru dan staf sokongan sebagai sebuah institusi yang kukuh dalam mengembleng misi memacu kecemerlangan sekolah. Antara program yang dilaksanakan ialah “Treasure Hunt”, melawat Bukit Malawati, mengunjungi Kelip-kelip Kampung Kuantan, puzzle dan sukaneka. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah kepada AJK Kelab Keluarga SMART 2011!
Disediakan oleh,
En. Roslan b. Daud
Sila klik di sini untuk lihat gambar-gambar.
PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA
Pada 16 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu, telah diadakan Program Gotong-Royong Perdana bertempat di SMK Taman Keramat. Para pelajar yang terlibat telah berada di sekolah seawal jam 8 pagi. Ada juga ibu bapa yang sudi mencurah tenaga membantu. Antara kawasan yang dibersihkan adalah longkang, kolam ikan dan pancur pusaka warisan. Malah, papan tanda yang telah lusuh juga dicat dan digantikan. Program ini bertujuan untuk mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang selamat dan ceria. Program ini membawa banyak manfaat kepada semua pihak. Semoga ia akan terus dijalankan pada tahun-tahun yang mendatang.
Disediakan oleh,
Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif
Sila klik di sini untuk melihat gambar-gambar
PUBLIC SPEAKING COMPETITION
A week after the English Debate Competition, Nur Amalina Jamaluddin represented Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat in a Public Speaking Competition. It was held in SMK Seri Kundang on April the 13th. The public speaker of this school was guided by Madam Azamima Razali, an English teacher of SMART in preparing her text and brushing up the skills to be a good speaker. Amalina prepared a text entitled “TV Brings Bad Effects to Children’s Life in Today’s World”. Though the victory wasn’t hers, the precious opportunity of being given the chance to speak in public was the thing she valued the most. She now has the guts to speak in public better than before. Through this, she learns to appreciate the arts of language that she has found in English.
Reported by: Miss Amal, 4 Arif
PARLIAMENTARY ENGLISH DEBATE COMPETITION
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat’s debate team had been sent for a Parliamentary English Debate Competition on the first of April this year. Our school was represented by Aiman Tasneem, Elya Balqis and Nur Amalina as the debaters. The competition was held in SMK Bukit Indah on that momentous Friday. The motion which our school seconded on was “Brain is More Important than Beauty”. The practices started a month earlier to ensure that all debaters would be prepared to accept any possibilities. The team was coached by Miss Izzah Azura Hamzah, an ex-student of this school. She was a perfect coach for she had participated in many types of co-curricular activities when she was in school. Even though the debate team did not win, this once in a lifetime experience is far more precious to be appreciated. Through the practices and the competition itself, the school debaters had found the courage to voice out their opinions, fearless to be wrong.
Reported by: Miss Amal, 4 Arif.
MAJLIS BERBUKA PUASA
Pada hari Khamis bersamaan 25 Ogos 2011, satu majlis berbuka puasa telah dilaksanakn dengan kolaborasi oleh unit siding redaksi, pengawas musolla, dan kelas aliran bahasa arab. Majlis dimulakan dengan bacaan yasin dan sedikit tazkirah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan acara berbuka puasa dan solat berjemaah. Majlis ini berjaya menyampaikan mesej kerohanian yang berguna buat para pelajar dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar. Semoga majlis sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif
English Drama
On 5 June 2011, SMK Taman Keramat participated in the English Drama Competition hosted by SMK Taman Melawati. 10 schools including SMK Taman Keramat had participated. 15 students from our schools which consist of students from 4 Arif, 4 Cerdas, 3 Fikrah and 3 Gigih. The title of our drama is…..Our school managed to secure the fourth-place. The host, SMK Taman Melawati was announced as the winner. Although we did not win, we were very satisfied and felt eager to participate in the next competition.
By,
Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif
Teater SMART
Pasukan teater SMK Taman Keramat telah terpilih untuk mewakili daerah Gombak ke pertandingan teater peringkat daerah. Mereka telah mempersembahkan teater muzikal bertajuk Hikayat Cinta dan diarahkan oleh saudara Amar Reza bin Zainalabidin. Mereka telah menjalani latihan selama 3 bulan. Pertandingan teater yang telah diadakan di SMK Seri Selayang itu telah membolehkan Pasukan SMART merangkul anugerah Johan dan produksi terbaik di samping memenangi anugerah lain seperti anugerah pelakon pembantu wanita terbaik, pelakon wanita terbaik dan pengarah terbaik.
Perjuangan diteruskan sehingga ke peringkat negeri bertempat di Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang Sabak bernam. Persembahan mereka berjalan dengan lancar. SMK Taman Keramat sekali lagi dapat berbangga dengan anugerah Naib Johan dan anugerah pelakon wanita terbaik yang dirangkul oleh Pasukan Teater SMART. Seramai 5 orang pelajar SMK Taman Keramat kemudiannya telah terpilih untuk mewakili negeri Selangor ke peringkat kebangsaan di Port Dickson.
Disediakan oleh,
Amar Reza bin Zainalabidin, 5 Dinamik
Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia
Pada tanggal 15 September bersamaan dengan hari Khamis, SMK Taman Keramat telah melaksanakan sambutan Hari Kemerdekaan & Hari Malaysia peringkat sekolah. Sambutan tersebut telah dianjurkan di sebelah pagi dan petang. Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan bacaan perutusan.
Sementelahan itu, majlis juga telah diserikan dengan persembahan seperti pengkisahan tokoh pejuang kemerdekaan, pendeklemasian sajak, nasyid dan penyampaian hadiah. Kemudian, para guru dan pe;ajar telah membacakan lafaz ikrar Rukun Negara dengan penuh semangat patriotik. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya iaitu untuk memupuk perasaan cinta akan negara dan perpaduan dalam kalangan murid. Syabas dan tahniah diucapkan!
Disediakan oleh,
Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif
LADAP GURU “ 1 MURID, I SUKAN ”
Pada 10 September 2011, LADAP guru telah diadakan di SMK Taman Keramat. Program ini dikelolalan di bawah unit kokurikulum. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Antara program yang diadakan ialah futsal, bola jarring, badminton, bola sepak dan sepak takraw. Walaupun cuaca tidak mengizinkan, acara ini tetap berlangsung dengan meriah. Semua guru diberi taklimat bagi setiap acara sukan dan latihan praktikal. Guru-guru telah dipecahkan kepada 10 kumpulan kecil untuk melancarkan program. Acara ini diakhiri dengan jamuan hari raya. Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa mendatang.
Laporan lawatan 5 Dinamik ke ASWARA dan Kompleks Kraftangan
Pada tarikh 1 Mac 2011, seramai 38 orang pelajar dari kelas Aliran Sastera 5 Dinamik bersama 4 orang guru bimbingan telah melaksanakan ‘Lawatan Sambil Belajar ke ASWARA dan Kompleks Kraftangan di Kuala Lumpur. Pelbagai pengetahuan dan memberi memori bermakna yang telah mereka perolehi bersama rakan dan guru-guru. Lokasi pertama yang mereka lawati ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebudayan(ASWARA).
Mereka telah melawati beberapa bilik dan Dewan Pementasan Utama Pementasan ASWARA.. Seterusnya, mereka lawati lokasi yang kedua iaitu Kompleks Kesenian dan Kraftangan.Tiba di sana,Mereka dibawa melawat ke setiap dewan yang mempunyai kesenian kraftangan yang berlainan.Lawatan mereka merupakan lawatan yang berfaedah.Melalui lawatan ini,Mereka dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang ilmu pengetahuan yang diberi dan mereka juga dapat memupuk sifat-sifat moral pada diri dan rakan-rakan.
Disediakan oleh:
Emelia Shahirah Aqeela Bt. Mohd Zullastry, 5 Dinamik
CERAMAH MOTIVASI PELAJAR
Pada 5 dan 9 Mei 2011, satu ceramah motivasi telah dijalankan untuk pelajar tingkatan satu dan dua bersempena dengan program peningkatan prestasi akademik yang akan berlangsung pada pertengahan bulan Mei. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Aziz bin Yatim. Beliau telah membincangkan pelbagai aspek yang berkaitan dengan kecemerlangan.
Selain itu, beliau juga menyatakan beberapa faktor kecemerlangan pelajar serta menayangkan video yang meningkatkan motivasi para pelajar serta memberi peluang bagi para pelajar berinteraksi bersamanya dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berlakon, meniru gaya den sebagainya. Ceramah ini akhirnya tamat pada jam 3.00 petang.
Ceramah Cinta Remaja dan Kemahiran Tegas Diri
Pada 29 hingga 30 Mac 2011, telah diadakan beberapa aktiviti buat para pelajar tingkatan satu dan dua. Ceramah yang bertajuk ‘Cinta Remaja’ telah diperdengarkan kepada para pelajar tingkatan dua. Ceramah ini merupakan satu usaha prihatin oleh pihak LPPKN di dalam unit Kafe@Teen. Ceramah tersebut telah dimulakan dengan tayangan video dan diikuti dengan sesi diskusi. Penceramah mendefinisikan semula erti cinta yang merangkumi segala aspek seperti baik dan buruknya bercinta, perbezaan antara cinta dengan nafsu, dan menekankan kepentingan hubungan antara cinta seorang manusia dengan Allah s.w.t. Pada keesokan harinya, Kemahiran Tegas Diri khas buat pelajar tingkatan 1 pula telah diadakan. Ceramah ini mengupas cara untuk memupuk sikap tegas dalam diri remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang semakin berleluasa kini. Semoga aktiviti ini berjaya mencapai objektifnya.
Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah
Pada tarikh 26 Ogos 2011 bersamaan hari Jumaat, bertempat di Dewan Amal sekolah, telah diadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah SMK Taman Keramat. Majlis ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Majlis ini dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh para pengawas sekolah dan seterusnya tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Sulaiman dan sedikit ucapan daripada En. Museidy b. Ab Hamid, Pengetua SMK Taman Keramat. Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan ayat Al-Quran oleh Ustaz Mahadi dan pelajar secara beramai-ramai.
Pada akhir majlis pula, semua peserta, pelajar, dan guru telah menerima cenderahati, iaitu bunga telur daripada En. Murseidy. Akhir kata, semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun berikutnya bagi menggalakkan para pelajar menghayati dan mengenali Al-Quran.
Disediakan oleh,
Emeir Faizal b. Abdul Jalil, 4 Bestari
PROGRAM MOTIVASI BERSEPADU
Pada 9 Julai 2011 bersamaan dengan hari Sabtu, sebuah program motivasi bersepadu telah dilaksanakan bertempat di Masjid Al-Ansar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mendidik para pelajar mengenai kepentingan menguruskan masa dengan baik dan cara belajar yang bijak.
Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Taman Keramat telah menjemput seorang pakar motivasi iaitu Dr . Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad untuk memberikan tips-tips belajar yang berguna buat para pelajar. Program ini telah berlangsung dari pukul 8 malam sehingga pukul 11malam. Program ini banyak membawa kebaikan buat para pelajar. Semoga program ini akan terus diadakan lagi pada tahun yang mendatang.
Disediakan oleh,
Emer, 4 Bestari
Larian ‘1 Murid,1 Sukan,1 Malaysia’
Pada 2 Julai 2011 bersamaan hari Sabtu, telah diadakan acara larian serentak ‘1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia’ bertempat di SMK Taman Keramat. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua, Encik Mursiedy Bin Abdul Hamid . Semua pelajar telah diwajibkan untuk menyertai acara tersebut. Acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik yang dikendalikan oleh Puan Hasmah binti Amin dengan dibantu oleh para pengawas sukan .
Pelbagai reaksi dapat dirakam pada wajah para pelajar. Ada yang cergas berlari dan tak kurang pula mereka yang tercungap-cungap keletihan. Namun begitu, semangat yang ditonjolkan oleh para pelajar amat membanggakan. Tahniah dan syabas diucapkan!
HARI KARNIVAL KERJAYA DAN KOPERASI
Pada hari Ahad bersamaan dengan 26 Jun 2011, SMK Taman Keramat telah mengadakan karnival Hari Koperasi, Hari Kokurikulum dan Hari Kerjaya. Pada pukul 7.40 pagi, para pelajar telah berkumpul dan mengambil kedatangan. Pelajar mulai mempersiapkan gerai jualan masing-masing. Karnival dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Sulaiman Bin Talib. Seterusnya, ucapan perasmian telah disampaikan oleh YDP PIBG, Encik Lokman Bin Hj Md Nasir.
Pada pukul 10.00 pagi karnival tersebut telah diserikan dengan kedatangan Juara Akedemi Fantasia iaitu Hazama yang juga merupakan bekas pelajar SMK Taman Keramat serta kehadiran Ana Raffali yang memeriahkan lagi karnival tersebut. Seterusnya, Hazama dan Ana Raffali telah mengadakan persembahan dan beramah mesra bersama para guru dan pelajar SMK Taman Keramat.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti gerai jualan oleh para pelajar dan guru, persembahan teater, rumah misteri, dan kuiz koperasi. Terdapat juga pertandingan sukan seperti futsal.
Seterusnya karnival diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Para guru dan pelajar mulai mengemas gerai dan membersihkan kawasan sekolah. Karnival akhirnya tamat pada pukul 3.00 petang.
Disediakan oleh,
Noraisha Binti Rosman, 4 Cerdas
KEM MATEMATIK TINGKATAN 3
Pada hari Sabtu 16 Julai 2011, telah diadakan Kem Matematik Tingkatan 3 bertempat di Dewan Amal. Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan prestasi para pelajar dalam subjek Matematik. Seramai 125 orang pelajar tingkatan 3 telah terlibat. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah program ‘Mentor dan Mentee’, program motivasi dan acara Explorace.
Program ini telah mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan guru di samping menambahkan pengetahuan pelajar dalam subjek Matematik. Semoga kem sebegini akan terus diadakan pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
Bazli bin Mahzuz, 5 Dinamik
FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH 2011
Pada tanggal 19 April 2011bersamaan hari Selasa yang lalu, bertempat di perpustakaan SMK Hillcrest, telah berlangsungya pertandingan Forum Remaja Peringkat Daerah 2011. Seramai 4 orang pelajar SMK Taman Keramat telah menyertai pertandingan tersebut . Pelajar tersebut adalah Amar Reza bin Zainalabidin (5 Dinamik) , Muhd Amer Iskandar bin Ahmad Mahmud (4 Arif ) , Nur Ainnur Thaqiffa bt Mad Hanafi (5 Bestari), dan Nurul Shuhada bt Zainal (4 Arif ), dengan diiringi oleh Puan K.Nirmala.
Sebanyak 14 buah sekolah di daerah Gombak telah menyertai pertandingan tersebut . Walaupun SMK Taman Keramat gagal mara ke peringkat seterusnya, pengalaman berhargar yang diraih bakal memberi seribu satu manfaat buat para peserta. Selamat maju jaya diucapkan!
Disediakan oleh,
Amar Reza bin Zainalabidin, 5 Dinamik
PENDAKIAN KE BUKIT BROGA DAN LAWATAN KE SMK DUSUN NANDING
Pada 17 dan 18 Jun 2011, satu pendakian ke Bukit Broga, Semenyih dan lawatan ke SMK Dusun Nanding, Hulu Langat telah diadakan oleh para pengawas sukan dan guru-guru SMK Taman Keramat. Pendakian bermula pada seawal jam 6.30 pagi. Pendakian ke puncak Bukit Broga tersebut mengambil masa selama satu jam. Setelah berehat melepaskan lelah dan menyaksikan pemandangan yang indah di puncak Bukit Broga, para pendaki telah turun dari puncak tersebut dan berkumpul semula di bas.
Perjalanan diteruskan pula ke SMK Dusun Nanding. Ustaz Abu Mansor telah memulakan acara dengan bacaan doa. Kemudian, para pelajar diberi peluang untuk menjamu selera sebelum dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah tersebut. Acara diteruskan dengan perlawanan persahabatan antara para pelajar dan guru SMART dan SMKDN. Para guru dan pelajar lelaki bermain futsal manakala para guru dan pelajar perempuan bertemu dalam permainan bola jaring. Para pelajar akhirnya kembali ke SMART pada pukul 2.30 petang. Diharapkan agar aktiviti sebegini akan terus diadakan bagi memberi suatu pengalaman kepada para pelajar dan guru.
Disediakan oleh,
Noor Farrah Nadia Binti Md Radzi, 4 Bestari
HARI BICARA AKADEMIK
Hari Bicara Akademik SMK Taman Keramat telah diadakan pada 24 Mac 2011 bersamaan hari Khamis. Bagi para pelajar sesi pagi, sesi perjumpaan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 2.00 petang diikuti dengan sesi perjumpaan bagi pelajar sesi petang yang berakhir pada pukul 6.00 petang. Objektif program ini diadakan ialah untuk:
1. Memberi peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru mengenai
prestasi dan pelajar ketika berada di sekolah.
2. Mencari jalan untuk meningkatkan prestasi pelajaran para pelajar.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa dan pihak sekolah.
Perjumpaan pada tahun ini mendapat sambutan daripada pihak ibu bapa. Sikap ini menunjukkan keprihatinan para ibu bapa dan pihak sekolah pada pencapaian dan tingkah laku para pelajar. Semoga aktiviti sebegini akan dapat meningkatkan prestasi dan kecemerlangan SMK Taman Keramat.
Disediakan oleh,
Amar Reza bin Zainalabidin, 5 Dinamik
Program Elit SPM dan Elit PMR
Pada tanggal 4 julai 2011 bersamaan hari Isnin, Program Elit SPM dan Elit PMR telah dianjurkan oleh En.Jefry B.Satiman dan unit kaunseling.Program ini telah dilaksanakan sebagai satu kaedah pemantapan pelajar khususnya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM dan PMR pada tahun ini. Program ini bermula pada bulan Julai sehingga bulan Oktober dan seramai 40 orang pelajar telah terpilih bagi menyertai program ini. Pelajar yang menyertai program ini dipantau prestasi pembelajarannya.
Objektif program ini adalah bagi meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan SPM dan PMR serta menanamkan sifat daya saing pelajar agar dapat meningkatkan prestasi pelajar.
Diharapkan program ini diteruskan dan dapat membawa kebaikan kepada para pelajar dan seterusnya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SMK Taman Keramat pada masa yang akan datang.
KEM 1MURID 1SUKAN
Pada 27 Julai-29 Julai 2011 yang lalu,SMK Taman Keramat telah menghantar seramai 8 orang pelajar untuk menyertai Kem 1Murid 1Sukan yang bertempat di Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh.Pelbagai kemahiran telah diajar kepada para peserta seperti kemahiran bermain badminton, bola jaring, dan kemahiran bermain bola sepak. Setiap aktiviti yang dijalankan akan dilaksanakan bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai sekolah. Lawatan ke FRIM juga turut dibuat pada hari kedua kem tersebut.Sebelum bersurai, acara penyampaian hadiah telah dilangsungkan. Tahniah kepada para pelajar yang telah mewakili sekolah.
Disediakan oleh:
Noor Farrah Nadia bt. Md Radzi (4 Bestari)
KEJOHANAN LARIAN SEKOLAH
Tanggal 6 Mac 2011 telah dipilih sebagai hari larian SMART 2011. Acara Larian SMART pada tahun ini lebih istimewa berbanding dengan tahun-tahun yang lepas, kerana penyertaan peserta adalah terbuka kepada semua. Sebaik sahaja berada di kawasan sekolah, para pelajar diminta mendaftarkan diri dengan Ketua Rumah Sukan. Kemudiannya, para pelajar diminta berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar taklimat mengenai keselamatan serta peraturan dan diikuti dengan acara senam robik. Pada pukul 9.45 pagi, para peserta mula dilepaskan mengikut kategori kelas masing-masing.
Secara keseluruhannya, rumah Laksamana menjadi juara Larian SMART 2011. Naib juara disandang oleh rumah
Temenggung dengan diikuti oleh rumah Panglima, Syahbandar, dan Bendahara. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang berjaya meraih kemenangan.
Dilaporkan oleh,
Zahratie bt. Mu’az (4 Cerdas).
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
Pada 23 Julai 2011, seramai 72 orang pelajar daripada sepuluh buah unit beruniform yang terdiri daripada pelajar SMK Taman Keramat telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform Perdana peringkat sekolah bertempat di Kem Harap Reda, Sungai Congkak, Selangor. Perkhemahan selama dua hari satu malam ini telah dianjurkan oleh PIBG SMK Taman Keramat.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti merentas hutan, motivasi pelajar, kursus bantuan kecemasan yang telah dikelolakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pertandingan memasak dalam buluh.Terdapat juga aktiviti lain yang terpaksa dibatalkan akibat daripada cuaca yang tidak mengizinkan. Majlis penutupan kem kemudiannya telah dirasmikan oleh Cikgu Mohd Zaikham b. Hussin. Semoga perkhemahan tersebut dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan para pelajar SMART.
Disediakan oleh,
Nurul Nabilah binti Ibrahim, 4 Arif
KEM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SMART
Pada 28 Jun-30 Jun 2011, SMK Taman Keramat telah menghantar 4 orang ahli Pembimbing Rakan Sebaya untuk menghadiri satu Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya di UPM Serdang. Ahli yang terlibat ialah Muhammad Faris bin Abdul Manan, Aqila Zulaiqha Zulkifli (4A), Nur Hawa Nabiha binti Mazlan (4A) dan Nur Aini binti Ismail (4B).
Objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan generasi PRS yang berkualiti dan berkepimpinan. Antara program yang dijalankan ialah Amazing Race, Mega Challenge dan lain-lain. Semoga program ini dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan Pembimbing Rakan Sebaya SMK Taman Keramat.
Disediakan oleh,
Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif
KEM PENGAWAS SMART
Pada tanggal 30 Mei -31 Mei 2011, SMK Taman Keramat telah menganjurkan Kem Pengawas SMART yang berlangsung di Sungai Congkak. Kem yang telah dijalankan selama dua hari satu malam ini telah dihadiri oleh 74 pengawas sekolah SMART. Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti Solo Walk dan Team Building. Para pengawas sekolah tampak bersemangat sepanjang berada di kem tersebut. Semoga kem ini akan dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pengawas sekolah SMART.
Disediakan oleh,
Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif