Pada 29 hingga 30 Mac 2011, telah diadakan beberapa aktiviti buat para pelajar tingkatan satu dan dua. Ceramah yang bertajuk ‘Cinta Remaja’ telah diperdengarkan kepada para pelajar tingkatan dua. Ceramah ini merupakan satu usaha prihatin oleh pihak LPPKN di dalam unit Kafe@Teen. Ceramah tersebut telah dimulakan dengan tayangan video dan diikuti dengan sesi diskusi. Penceramah mendefinisikan semula erti cinta yang merangkumi segala aspek seperti baik dan buruknya bercinta, perbezaan antara cinta dengan nafsu, dan menekankan kepentingan hubungan antara cinta seorang manusia dengan Allah s.w.t. Pada keesokan harinya, Kemahiran Tegas Diri khas buat pelajar tingkatan 1 pula telah diadakan. Ceramah ini mengupas cara untuk memupuk sikap tegas dalam diri remaja agar tidak mudah terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang semakin berleluasa kini. Semoga aktiviti ini berjaya mencapai objektifnya.
No comments:
Post a Comment