Thursday, October 27, 2011

HARI GURU: GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Sambutan Hari Guru SMK Taman Keramat telah dilangsungkan pada hari Isnin, 16 Mei 2011. Tema Hari Guru pada tahun ini ialah “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”. Sambutan ini berjalan dengan begitu meriah dan diwarnakan dengan kehadiran majoriti para guru dan pelajar

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru yang diiringi oleh para pengawas sekolah dan diikuti dengan bacaan doa. Seterusnya, guru bertugas membacakan perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Perdana Menteri.

Para guru kemudiannya membaca Ikrar Guru dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dan lagu Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pelajar dan penyampaian anugerah buat para guru. Akhir sekali, pertandingan sukaneka telah diadakan di antara para guru dan pelajar. Sesungguhnya, sambutan Hari Guru merupakan medan terbaik bagi menghargai dan memupuk kemesraan di antara guru dan para pelajar.

“TERIMA KASIH CIKGU!”

Disediakan oleh,

Zahratie Bt. Mu’az , 4 Cerdas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...