Thursday, October 27, 2011

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN

Pada hari Khamis bersamaan 31 Mac 2011, SMK Taman Keramat telah menghantar lima orang wakil untuk bertanding dalam Bahas Ala Parlimen di SMK Lembah Keramat. Lima orang pelajar tersebut adalah Aqila Zulaiqha Zulkifli (4A), Nurul Shuhada binti Zainal (4A), Nurul Huda binti Zakaria (5A), Ainnur Thaqifha binti Muhd Hanafi (5A), dan Nur Hafizah binti Mohamad Idris (5A).

Perbahasan pertama yang bertajuk ‘Pelajar Samseng Wajar Dibuang Sekolah’ dimenangi oleh SMK Taman Keramat selaku pihak pembangkang. Namun begitu, usul kedua iaitu ‘Aktiviti Kokurikulum Mampu Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang’ telah dimenangi oleh pihak kerajaan iaitu SMK Hulu Kelang. Walaupun tidak berjaya mara ke pusingan seterusnya, namun para pembahas masih tersenyum ceria kerana telah berusaha sehabis daya demi meraih kemenangan. Semoga SMK Taman Keramat akan terus berusaha memburu kejayaan pada tahun hadapan!

Disediakan oleh,

Aqila Zulaiqha Zulkifli, 4 Arif

1 comment:

  1. Dijemput pasukan bahas sekolah anda untuk menyertai program bengkel bahas pada 26 Januari 2013 bertempat di Bangi. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, bolehlah melayari blog http://belajardebat.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...